Wednesday, 19 October 2011

Kepentingan ICT Kepada Para Pelajar

Pada tahun 2010, makmal komputer dan akses centre akan diperluaskan secara menyeluruh di sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Peruntukan RM150 juta dalam RMK9 akan disalurkan bagi mengembangkan pembelajaran berkonsepkan eLearning. Para pelajar terpaksa memahirkan diri dengan konsep eLearning ini samada mereka tahu atau tidak mengenai IT. Jika kita merupakan seorang yang sentiasa prihatin kepada kebajikan pendidikan anak-anak, kita tentunya akan membuat langkah awal dengan menyediakan prasarana internet yang terbaik di rumah. Ini adalah untuk memastikan mereka tidak akan kekok apabila belajar secara ”Online” di sekolah kelak kerana mereka telah membuat persiapan yang rapi. Zaman persekolahan kita mungkin sudah berlalu, tetapi anda haruslah berfikir sejenak bahawa konsep pembelajaran kita pada zaman dahulu dan kini adalah berlainan sama sekali. Jangan kita dipersalahkan kelak oleh perkara ini oleh anak-anak, adik-adik dan saudara mara kita sendiri kerana ketidakpekaan anda. Konsep pembelajaran Score A Programme atau e-Tuisyen ini adalah 24 Jam / Sehari. 365 hari dalam setahun, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

No comments:

Post a Comment

Loading...