Wednesday 19 October 2011

Kepentingan ICT Dalam Pembangunan Masyarakat

Di negara-negara yang membangun seperti di Malaysia ini, peranan utama pengunaan ICT secara langsung adalah untuk menambahbaik taraf ekonomi bagi penduduk luar bandar dan golongan masyarakat yang kurang upaya dari segi ekonomi. Dengan kata lain, pengunaan ICT di negara ini adalah untuk mengurangkan tahap kemiskinan masyarakat negara ini secara keseluruhannya. Pengunaan ICT secara langsung juga berupaya untuk menambah baik kehidupan masyarakat dengan membantu dalam perkara-perkara berikut:-

a. Maklumat tentang peluang perniagaan

Melalui ICT maklumat tentang harga, pasaran, jualan dsbnya dapat diperolehi dengan mudah terutamanya melalui Internet dan Internet juga dapat membantu untuk mencari pasaran baru serta memudahkan proses tempahan, penghantaran dan pembayaran

b. Membuka Peluang Pekerjaan

ICT juga boleh membantu dalam mencari kerja, maklumat tentang pekerjaan dan juga boleh digunakan untuk membuka peluang pekerjaan yang baru umpamanya menjadi pengiklan laman web

c. Kemahiran dan Pembelajaran

Pembelajaran secara jarak jauh menggunakan Internet dapat dilakukan dengan adanya ICT dan kemahiran dapat ditingkatkan melalui kaedah-kaedah baru yang boleh dipelajari secara talian

d. Penjagaan Kesihatan

Inovasi baru dilakukan untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat miskin dengan menggunakan ICT. Tele-medicine sebagai contoh.

e. Urusan Pentadbiran

Pengunaan ICT dapat mempercepatkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhannya

f. Pengagihan Kuasa

ICT juga boleh digunakan untuk menaik taraf perhubungan dan komunikasi di antara masyarakat umum dengan kerajaan dan membolehkan sebarang rungutan akan dapat di atasai secepatnya. ICT juga dapat menambah baik kebajikan dan kehidupan masyarakat termiskin secara tidak langsung hasil daripada kesan deraian (trickledown effect) dari segi penambahan pendapatan dan terdapatnya peluang-peluang pekerjaan.

No comments:

Post a Comment