Semasa menghadiri mesyuarat hari ini, saya mendengar maklumat dari Guru Besar sekolah saya bahawa mulai tahun 2015, murid seawal usia 5 tahun akan memulakan persekolahan di tahun satu. Ini berbeza dengan keadaan sekarang , murid hanya bersekolah pada umur 7 tahun.
Manakala tingkatan 1 pula, memulakan persekolahan menengah pada usia 11 tahun. Sudah tentu satu perkembangan baharu yang agak menarik. Sementara itu, prasekolah tidak akan di laksanakan lagi dengan perubahan ini.
Peringkat pengajian tinggi di universiti semestinya akan bermula pada usia pelajar 16 atau 17 tahun. Jika di laksanakan, kesan positifnya ialah negara dapat membekalkan tenaga kerja yang banyak di sektor pekerjaan. Di samping itu, ekonomi dan perniaagan akan berkembang pesat kerana pasti permintaan domestik juga meningkat apabila tenaga kerja ini memasuki alam pekerjaan.
Namun, jika tawaran kerja tidak berkembang dan tiada, maka kesannya ialah berlakunya lambakan tenaga kerja yang akan mengakibatkan pengangguran yang tinggi. Ini akan membebankan negara dan menggagalkan usaha Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.
Namun ini semua hanya cadangan dan masih di peringkat kajian. Bagi saya, saya amat bersetuju jika ia di laksanakan. Sebenarnya di negara barat sudah lama melaksanakan sistem persekolahan pada usia seawal itu. Murid pada era ini juga lebih matang berbanding murid dahulu. Ini kerana perkembangan dunia internet dan teknologi menyebabkan murid telah terdedah awal kepada banyak ilmu dan pengetahuan pada usia yang awal.
Walau apa pun , kita tunggu perkembangan akan datang. Sama ada ia benar benar akan di laksanakan atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment